Tolong Klik Sebentar..

Monday, 24 March 2014

Gambar Menggoda Sharifah Sakinah Tayang Perut & Punggung

Dahulu Sharifah Sakinah selalu buat video dia yang bukan-bukan yang gila-gila dia sampai membuat orang yang melihat video itu rasa meluat. Mungkin kerana sudah tidak mendapat perhatian dengan video mengarut beliau lagi sekarang Sharifah membuat satu tarikan baru iaitu berkongsikan gambar perut yang menampakkan pusat dan punggung beliau.

Sekarang ini, pelakon yang lantang bersuara di laman sosial ini giat pergi ke gym atau apa-apa aktiviti yang menyihatkan badan. Secara tidak langsung mengajak peminat-peminatnya ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Niat yang ditunjukkan Sharifah ini memang sangat baik dan boleh menjadi motivasi kepada peminat-peminatnya. Cuma yang tak berapa nak sedap di sini adalah gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosialnya untuk menunjukkan kerja kerasnya selalu ke gym dan melakukan latihan yang konsisten adalah berbaloi.

Pada kami, Sharifah tak perlu rasanya untuk menunjukkan perutnya yang flat dan menampakkan pusatnya dan punggungnya. kalau pakai baju macam biasa pun kami rasa ramai boleh menilai badan awak memang dah cun




Gadis 13 Tahun Rela Dirogol, Anak Kini Berusia 3 Tahun…

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol seorang kanak-kanak pada 2009.
   
Hakim Zulhasni Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hazri Abdul Ghafor 28, selepas mengambil kira kepentingan awam dan pengakuan bersalah tertuduh.
   
Mohd Hazri yang bekerja sendiri, dituduh melakukan kesalahan itu pada Mac 2009 di sebuah blok Flat Kampong Melayu, Air Itam dan disiasat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam prosiding hari ini Timbalan Pendakwa Raya S. Selvaranjini memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Katanya walaupun perbuatan itu dikatakan dipersetujui mangsa tetapi usia mangsa ketika itu baru 13 tahun dan dia masih tidak berfikiran matang.
   
Sementara itu peguam bela Mohd Hazri, Rosli Ismail memohon mahkamah menimbangkan hukuman lebih ringan kerana pengakuan bersalah tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah.
    
Katanya Mohd Hazri yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau turut kesal dengan perbuatannya dan mahu bertanggungjawab terhadap mangsa serta anak yang kini berusia tiga tahun hasil daripada perbuatan itu.
   
“Mangsa dan tertuduh berkawan, perbuatan itu adalah atas kerelaan mangsa dan tiada kekerasan fizikal terhadap mangsa. Pengakuan salah daripada tertuduh telah mengelakkan mangsa daripada trauma,” katanya.  
    
Mahkamah juga diberitahu bahawa mangsa kini menjalani program pemulihan di sebuah Sekolah Tunas Bakti. – Bernama *Gambar Hiasan

Pakar persoal pertahanan udara Malaysia

Kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu menimbulkan persoalan berhubung kemampuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menangani ancaman dari udara.

Siaran berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, maklumat terbaru bukan sahaja menimbulkan misteri berhubung kehilangan pesawat MH370 tetapi persoalan mengapa TUDM tidak bertindak selepas menyedari kapal terbang tersebut berpatah balik.



Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan, radar tentera mengesan sebuah pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan pesawat MH370 berpatah balik dan melintasi semenanjung negara itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil oleh tentera udara negara itu.

"Di mana tentera udara ketika semua ini berlaku?" kata bekas juruterbang Tentera Udara Britain dan penganalisis aeroangkasa, Andrew Brookes.

"Sejak serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 semua pertahanan udara di seluruh dunia sentiasa berjaga-jaga dengan kejadian rampasan pesawat yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang sasaran tertentu.

"Di Malaysia terdapat bangunan penting seperti Menara Berkembar Petronas yang mungkin menjadi sasaran kumpulan pelampau," tambahnya.

Ujar Brookes, ketika pesawat MH370 dikesan berpatah balik semasa dalam penerbangan dan mengubah ketinggian secara mendadak ia sepatutnya mencetuskan amaran kepada pihak tentera yang mengendalikan radar.

Akhbar The Telegraph melaporkan seorang pakar berkata, kebanyakan negara yang mempunyai pertahanan udara yang canggih akan mengesan pesawat musuh pada jarak beratus-ratus kilometer dan menghantar pesawat untuk memintasnya.

TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-29N dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara pihak tentera udara dan menara kawalan trafik.

Sekiranya radar tentera mengesan satu objek tidak dikenali atau mencurigakan, prosedur normal adalah berhubung dengan menara kawalan untuk pengesahan pesawat.

Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan radio dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi memintas kapal terbang tersebut.- Agensi

Perkara Yang Terjadi Di Internet Dalam 60 Saat





Pada zaman sekarang, boleh dikatakan hampir semua isi rumah di Malaysia mempunyai akses INTERNET dan melayari internet setiap hari. Lagi-lagi dengan wujudnya telefon pintar atau smartphone, korang nak berak pun boleh layan Facebook lagi. *oops* :P

Menurut satu artikel dari Utusan Malaysia bertarikh 20 Mei 2013, kadar penembusan internet di Malaysia pada tahun 2013 telah mencecah sehingga66.7% dengan 77.84 peratus daripada populasi 29.1 juta mempunyai akses kepada internet. Itu baru statistik dari Malaysia belum lagi kira statistik seluruh dunia lagi. Dengan jumlah pengguna yang begitu banyak pasti pelbagai perkara yang berlaku di internet untuk satu tempoh masa. 


Jom kita tengok statistik aktiviti yang berlaku di internet dalam masa 60 saat.


27, 800 gambar dimuat naik di instagram



2 juta carian google




1,875,000 facebook like




204,000,000 email dihantar dan majoritinya adalah spam





Dalam masa 60 saat yang lepas berapa banyak sumbangan anda terhadap internet? Berapa banyak carian yang anda buat di google? Berapa banyak email yang anda hantar? Haha tak kisah la janji aktiviti anda itu memberi manfaat kepada anda dan lebih bagus lagi jika ia dapat memanfaatkan orang sekeliling anda juga. Hargailah nikmat internet yang ada sekarang ni dan jangan gunakan untuk benda yang bukan-bukan.

GAMBAR HOT GILER ISTERI NAJIB RAZAK YANG TAK PERNAH DILIHAT ORANG!


 Jarang sekali kita disajikan dengan gambar isteri presiden UMNO yang sorang ni dalam keadaan bersolek kan? Sekali tengok memang mengancam habiskan? Tapi apakan daya bini orangkan? Or 'awek orang' kan?

Agaknya kalaulah dia cerai aritu, confirm ramai lelaki yang beraturkan? Tak percaya tengok nie...
  

                                                                 |

                                                                 |

                                                                 |

                                                                 |

                                                                 |

                                                                 |

                                                                 |

                                                                 |

                                                                 |


                                                               
Amacam mengancam tak? He he he...jangankan kata lebai PAS tak boleh tidur malam. Lebai-lebai UMNO pun boleh tahan jugakkan.

Pada PM...jagalah isteri tu baik-baik yer walaupun diri anda tak berapa nak baik sangat.

GR kata: Jangan mare haaaa...

Gambar Yang sangat mengkagumkan dan lawak

Apa yang Bakal Berlaku Selepas ini








Ngeri! Zakar Dipotong & Dibuang Dalam Semak

Seorang lelaki yang kemaluannya dipotong dan dibuang di dalam semak di tepi lebuh raya oleh sekumpulan samseng gipsi kini koma di hospital.
Polis dilapor menanti di sisi katilnya, untuk menemubualnya mengenai kejadian itu.
Mangsa diserang selepas kumpulan samseng itu mengetahui dia meniduri kekasih seorang daripada mereka.
Polis terpaksa menutup lebuh raya yang sibuk di bandar itu untuk mencari kemaluan lelaki berkenaan.
Polis Cleveland mengesahkan lelaki berusia 40 tahun itu ditemui mencari sesuatu di dalam semak di tepi lebuh raya terbabit walaupun dalam kesakitan.

Seorang pekerja pasar raya yang terletak berhampiran tempat kejadian berkata dia mendengar cerita tentang nasib yang menimpa lelaki itu.
Dua anggota polis yang ditemui di tempat kejadian enggan mengulas apabila ditanya sama ada benar kemaluan seorang lelaki dipotong.
Mereka hanya berkata lelaki itu cedera parah di pangkal paha.
Bagaimanapun, berita yang tersebar di kalangan penduduk setempat ialah kemaluan lelaki berkenaan dipotong dan hilang, menyebabkan polis menutup sebahagian laluan di lebuh raya itu untuk mencarinya.
Kira-kira lapan anggota polis dilihat mengepung kawasan berkenaan, dipercayai untuk mencari kemaluan mangsa yang dicampak oleh samseng gipsi itu, lapor Agensi.
Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.

600,000 Orang Lihat Imej Satelit Cari MH370

Sekitar 600,000 orang telah mengimbas imej-imej satelit DigitalGlobe Inc. untuk mencari petunjuk tentang sebuah pesawat syarikat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.
Pendedahan itu dibuat firma DigitalGlobe Inc dari Amerika Syarikat (S) itu kepada agensi berita AP kelmarin.
Pengguna laman web firma DigitalGlobe itu boleh menandakan imej yang mereka temui seperti bangkai kapal atau pesawat, bot keselamatan, tumpahan minyak dan bukti-bukti lain.
Laman web satelit itu melancarkan kempen bagi meminta bantuan orang ramai untuk sama-sama membantu dalam operasi mencari pesawat MH370 itu.
Firma berkenaan merancang untuk mengemas kini imej-imej di laman web pencarian berkenaan, www.tomnod.com, pada setiap hari.
Pengarah Kanan Data DigitalGlobe, Shay Har-Noy berkata, sambutan yang kami terima agak menakjubkan.
“Sistem pelayan kami bekerja keras untuk memproses semua maklumat yang diterima,” ujar Har-Noy.
“Selain orang awam, agensi-agensi kerajaan AS turut memiliki akses untuk melihat imej-imej di laman web DigitalGlobe,” tambahnya.
Pesawat tersebut meninggalkan Kuala Lumpur pada Sabtu lepas bersama 227 penumpang dan 12 kru.
Har-Noy memberitahu, DigitalGlobe mula menerima e-mel daripada ramai individu yang berminat menyertai pencarian itu tidak lama selepas pesawat tersebut hilang pada Sabtu lalu.
Beliau berkata, firma tersebut membekalkan imej satelit untuk lima hingga 10 operasi mencari dan menyelamat di seluruh dunia sejak 18 bulan lalu.
DigitalGlobe yang berpangkalan di negeri Colorado, AS memiliki lima satelit pengimejan di orbit. – AP

Umat islam wajib tahu!!! (azab selepas mati)






✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Gempar!!! Benarkah Imej Pesawat MH370 Tersadai Dilaut Dikesan Pelajar Universiti Taiwan?



Gambar sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.

Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.

Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.

Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan berwarna putih.

Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.

Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.

5 Tips “Rahsia” Jika Anda Diganggu Suami Orang!

1. Jika dia mengadu kesunyian dan mahu berbual-bual, minta nama penuh dan nombor IC-nya. Daftarkan namanya di pusat asuhan kanak-kanak sebagai pengasuh sambilan. Kesunyiannya pasti terubat dengan riuh rendah kanak-kanak.
2. Jika dia mengadu dipukul atau dianiaya isteri. Ketawa sehabis hati dan berkata, “Seorang isteri tidak mampu tangani, bagaimana jika beristeri dua? Mungkin awak sudah patah riuk.”
n3. Jika dia ajak keluar. Ajak dia ke pasaraya membeli-belah. Beli pakaian yang cantik-cantik dan minta dia bayar. Akhir pertemuan, serahkan beg berisi pakaian kepadanya, “Ini semua untuk isteri awak, terimalah pemberian ikhlas ini.”
4. Jika dia mengadu isteri kuat berleter, minta dia bawa isteri untuk buat pembedahan buang anak tekak.
5. Jika kerap mendapat panggilan larut malam, buka loud-speaker. Dengar semua perkara yang diluahkan dari hati (Konon!). Kemudian minta rakan-rakan rumah sewa jerit beramai-ramai perkataan ‘Pondan’ berulang kali. Jerit secara berkala dan penuh semangat.

10 Pekerjaan Yang Sudah Tidak Lagi Wujud??

Tukang Susun Pin Boling





                          





Tukang susun pin boling ini kebiasaannya adalah dari kalangan kanak-kanak yang diupah oleh pusat boling untuk menyusun pin-pin boling pelanggan di situ.



Kalau aku kerja macam ni, aku paling suka kalau orang  main masuk longkang.

HAHAHAHAHA



Jam Loceng Manusia











Mereka ini dibayar untuk memastikan setiap orang bangun tepat pada masanya untuk pergi ke tempat kerja masing-masing. Mereka mengunakan galah, belantan atau batu kerikil (kecil, seolah-olah menyumpit) dan  untuk mengejutkan mereka yang sedang tidur dengan mengetuk tingkap rumah. 



Sebenarnya, pekerjaan ini masih wujud lagi. Tapi sekarang yang mengalas tugasan ini tak lain tak bukan, ibu-ibu dan juga isteri-isteri (termasuklah mak aku). 



Pemotong Ais 









Sebelum peti sejuk moden diperkenalkan, pemotong ais ini akan mengergaji ais di tasik beku untuk orang ramai gunakan pada bilik simpanan bawah tanah. 



Nampak macam seronok je kerja dia orang ni. Tapi bahaya.



Pendengar Pra-Radar Pesawat Musuh









Sebelum radar dicipta, tentera menggunakan cermin akustik dan alat pendegar seperti ini untuk mengesan bunyi enjin pesawat musuh. 



Boleh guna binatang ni nak dengar jiran belakang rumah mengumpat kita. HAHAHA



Penangkap Tikus











Di Eropah, mereka mengajikan pengakap tikus untuk mengawal populasi tikus. Mereka ini berisiko tinggi untuk mendapat penyakit dari jangkitan tikus, tetapi mereka sangat berjasa kepada masyarakat kerana berjaya mengawal jangkitan itu merebak dalam kalangan penduduk tempatan. 



Kiranya, dia orang ini macam polis lah juga ye tak?



Tukang Memasang Lentera









Sebelum lampu elektirk dicipita, mereka ini ditugaskan untuk menghidupkan, menambah minyak tanah dan memadakan api lentera. 



Fuhhh, bayangkan kalau ada 100 tiang lampu untuk satu kawasan perumahan.



Pemandu Balak







Sebelum wujudnya lori balak, balak di pindahkan melalui sungai. Abang-abang ni lah yang akan pandu dan pantau ke mana balak tu akan pergi. 



Awesome!!! 



Pengendali Papan Suis









Pengendali papan suis adalah penting dalam operasi rangkaian telefon sebelum teknologi moden menjadikan mereka ketinggalan zaman. Mereka akan menyambung panggilan jarak jauh dan melakukan perkara-perkara lain yang kini dilakukan secara digital. 



Mesti tension kerja macam ni.



Resurrectionist







Resurrectionist, ditugaskan pada kurun ke-19 untuk mengambil mayat dari tanah perkuburan untuk kegunaan unversiti bagi tujuan pembelajaran. 



Kerja yang seram lagi menyeramkan~



Penghibur Pekerja Kilang









Mereka ini ditugaskan untuk memastikan setiap pekerja akan sentiasa terhibur. Mereka akan membaca cerita, jenaka atau apa-apa sahaja yang boleh menghiburkan hati semua pekerja. 



Kalau sekarang ni orang ni lebih kurang macam DJ radio lah.